Pages - Menu

Kesan teknologi kepada hubungan manusia







How Technology can Benefit or Harm the User, the Environment & Society (...


The Effects of Technology

Malaysia Dan Teknologi

Teknologi sebahagian daripada pembangunan negara.



Sesuai dengan perkembangan global, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan aktif untuk menjadikan IT sebagai wahana kepada projek pemodenan negara, khususnya, dari segi ekonomi dan sosial, semenjak Rancangan Malaysia Keenam 1991-95, atau RM6. Dengan itu, bermulalah usaha serius untuk merancang penggunaan IT dalam beberapa ruang strategik untuk mencapai matlamat pemodenan. Ada lima ruang strategik yang telah dikenal pasti:
• E-Ekonomi: melibatkan semua sektor ekonomi untuk meningkatkan nilai dan kekayaan negara melalui penglibatan ekonomi global yang kian bergantung kepada ilmu pengetahuan, dengan matlamat akhirnya untuk membina satu ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan.
• E-Perkhidmatan Awam: melibatkan kerjasama antara sektor awam, swasta dan komuniti untuk memberi khidmat yang berorientasikan rakyat dan pelanggan dengan matlamat akhirnya untuk mengasaskan suatu sistem penyampaian barangan dan khidmat awam yang berasaskan wahana elektronik.
• E-Komuniti: melibatkan pembinaan jaringan elektronik antara pelbagai komuniti dan kelompok sosial di Malaysia untuk membolehkan pelbagai komuniti mengambil bahagian yang aktif dalam proses governan dengan matlamat akhirnya untuk meningkat kualiti hidup semua lapisan rakyat, secara inklusif, bersama kerajaan dan pihak swasta di Malaysia.
• E-Pembelajaran: melibatkan jaringan formal dan informal elektronik untuk membuka peluang baru, sambil menanamkan etos pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat secara individu dan kolektif dengan matlamat akhirnya untuk membina suatu budaya pembelajaran sepanjang hayat.
• E-Sovereniti: melibatkan rakyat dan pelbagai institusi, secara elektronik untuk meningkatkan integrasi, sekali gus identiti nasional, khususnya dari segi keselamatan negara, guna menghadapi dan menangani cabaran globalisasi yang cukup menguji, dengan matlamat akhirnya untuk mewujudkan ketahanan identiti kebangsaan. 

Untuk merancang secara jelas, menggerakkan dengan efisien serta pantas, dan memantau pelaksanaan dan prestasi kegiatan-kegiatan yang dirancang untuk mengisi kelima-lima ruang strategik berkenaan itu telah diwujudkan, pada 1994 (dalam tempoh RM6), Majlis Teknologi Maklumat Negara, atau National Information Technology Council (NITC). Ia dianggotai 20 orang ahli yang dipilih daripada sektor awam, swasta dan organisasi komuniti di Malaysia dengan dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad. Ringkasnya, peranan dan fungsi NITC adalah untuk menjadi badan penasihat utama dan pakar runding kepada kerajaan Malaysia tentang isu yang berkaitan IT demi pembangunan negara. Lima ruang strategik yang dihurai tadi itu telah dikenal pasti oleh NITC. Usaha NITC untuk mencipta dan merangkai pelbagai aktiviti konkrit ke arah menrealisasikan cita-cita untuk menjadikan IT sebagai wahana pembangunan negara dipandu oleh suatu agenda yang jelas, iaitu Agenda Teknologi Maklumat Negara, atau National Information Technology Agenda (NITA). Matlamat utama yang digariskan oleh NITA adalah untuk mencipta sebuah K-Masyarakat berlandaskan nilai (value-based knowledge society) di Malaysia. Pembinaan K-Masyarakat itu melibatkan tiga komponen, iatu RAKYAT, INFO-STRUKTUR dan APLIKASI.