Pages - Menu

Dampak Positif dan Negatif Globalisasi

Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia. Ciptaan pelbagai yang begitu canggih mampu mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya. Globalisasi juga akan meningkatkan kesediaan kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, maka individu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai individu yang proaktif dilahirkan. Kesan positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna individu belajar untuk masa hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran terbuka. Impak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti masyarakat. Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru. Kemahiran teknologi yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memberi persaingan yang hebat antara negara-negara membangun lain. Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara menjadi kayu ukur kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut. Namun begitu, arus globalisasi juga mempunyai impak negatif. Impak ini seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan sejagat. Antara impak negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti peperangan dan sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini perlu dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah pengkomersilan pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya. Ilmu yang diberi bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi. Seterusnya ialah penularan kes-kes jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada individu yang sanggup berbuat demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah. Ramai yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda yang menarik tetapi memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan pelbagai kes jenayah siber seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian hari. Impak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi daripada kecekapan diri sendiri. Sikap kebergantungan ini semakin hari semakin serius. Banyak mesin yang dicipta bagi menggantikan kudrat manusia. Harus diperingatkan disini bahawa tidak semua kerja atau beban perlu diselesaikan dengan menggunakan mesin atau robot. Sikap sebegini akan lebih membuat manusia malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara. Melalui globalisasi juga impak negatif ketara dilihat pada negara-negara yang mundur. Ini kerana kurangnya faktor jaringan perhubungan atau teknologi melingkungi negara tersebut. Akibatnya, negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih membangun.

Globalisasi Teknologi

Di zaman yang serba maju ini, anak remaja mana yang tidak mengenal makna “Globalisasi”? Hampir 90% dari mereka yang sudah akrab bahkan menjadikan globalisasi sebagai bahagian daripada kehidupan mereka. Adapun 10% yang tidak mengenal dan tidak memahami kata globalisasi adalah remaja yang masih jauh tertinggal daripada modernisasi.Secara umumnya kebanyakan golongan remaja sudah mesra dengan globalisasi yang berlaku terutamanya daripada segi teknologi.Pengaruh teknologi terhadap golongan muda juga begitu kuat. Pengaruh globalisasi tersebut telah membuatkan ramai anak muda kita kehilangan jati diri sendiri malahan pengaruh teknologi mengubah identiti diri sebagai rakyat malaysia. Hal ini jelas dapat dilihat melalui kaca mata kita bahawa teknologi merubah segala segi laku, jati diri, keperibadian malah mampu mengubah budaya serta adab manusia itu sendiri. namun begitu, tidak semestinya globalisasi teknologi ini tidak memberi kesan positif kepada manusia. Ya, sememangnya globalisasi daripada segi teknologi memang memberi kesan positif terutama dalam proses pembelajaran. ianya sangat penting bagi para pelajar untuk mencari maklumat terkini terutamanya berkaitan negara lain dan isu-isu semasa. ibaratnya bahawa segala ilmu itu boleh diperolehi dihujung jari. namun, bukan segalanya perlu diterima secara bulat-bulat. perbandingan ilmu yang diterima daripada laman-laman sesawang ini perlu dilakukan agar kita tidak memperolehi ilmu yang salah dan boleh menyebabkan kita terpesong. oleh itu, pencarian ilmu di laman sesawang ini sememangnya suatu yang mudah, cepat dan jelas tetapi penambahan serta rujukan lain juga diperlukan. untuk entri akan datang kami akan menjelaskan secara terperinci faktor-faktor yang membawa kepada globalisasi teknologi, jenis-jenis globalisasi teknologi dan sebagainya.

Di Sebalik makna Globalisasi

        Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.
     Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Hal ini dibuktikan melalui dakwaan (Rosenau 1980) seseorang sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa. Menurutnya teknologi sebenarnya telah menghapuskan geeorafi dan jarak sosial menerusi kuasa sistem penerbangan jet, komputer, satelit dan pelbagai-bagai lagi jenis inovasi lain yang sekarang ini mengerakkan individu atau kumpulan orang, idea-idee dan barang-barang menyeberangi sempadan ruang dan masa dengan pantas sekali. Pandangn beliau lagi, teknologi juga menyubur kebergantungan antara masyarakat local, masyarakat nasional dan masyarakat antarabangsa dengan hebatnya yang belum pernah dialami sebelum ini.
      Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan.  
   Globalisasi adalah suatu fenomena khusus dalam peradaban manusia yang bergerak terus dalam masyarakat global dan merupakan bagian dari proses manusia global itu. Kehadiran teknologi informasi dan teknologi komunikasi mempercepat akselerasi proses globalisasi ini. Globalisasi menyentuh seluruh aspek penting kehidupan. Globalisasi menciptakan berbagai tentangan dan permasalahan baru yang harus dijawab, dipecahkan dalam upaya memanfaatkan globalisasi untuk kepentingan kehidupan. Globalisasi memiliki banyak penafsiran dari berbagai sudut pandang. Sebagian orang menafsirkan globalisasi sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebagaimana layaknya sebuah perkampungan kecil. 

Barat dan Globalisasi

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Beberapa definisi Globalisasi menurut pandangan sarjana Barat;
1. Oscar Ugarteche.
Globalisasi ditakrifkan sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan kebangsaan (nasional) dan kerantauan. Ia dizahirkan dalam meningkatnya pergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta (pergerakan) manusia merentasi sempadan-sempadan tersebut. Ia juga terzahir dalam pertukaran maklumat (informasi) pada masa sebenar. Ia dipacu oleh pelaku-pelaku individu ekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakin menekan.
2. Trezzini
Mentakrifkan globalisasi sebagai integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas melalui hubungan pengeluaran dan penggunaan.
3. Mittelman (1996)
Suatu fenomena sejagat. Globalisasi ialah cantuman pelbagai jenis proses rentas sempadan dan pelbagai struktur dalam negeri yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menembusi (ekonomi, politik, budaya dan ideologi) negara-negara lain.
4. Martin Albrows
Memberi definisa globalisasi sebagai merujuk kepada semua proses yang dengannya manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakat dunia, masyarakat global.
5. Anthony Giddens

Anthony Giddens pula mendefinisikan globalisasi sebagai proses menjadikan intensifnya hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan tempat-tempat yang jauh dengan sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa (lain) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau demikian sebaliknya.

Islam Dan Globalisasi

Globalisasi Menurut Pandangan Sarjana Islam.
1. Dr. Muhammad Abid al-Jabiri
Dr. Muhammad Abid al-Jabiri menyatakan globalisasi berasal dari bahasa Perancis iaitu monodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat. Ia bererti menjadikan seseuatu berskala internasional, iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepada sesuatu yang tidak terbatas. Jadi, globalisasi mencakup erti penghapusan batas-batas wilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi (kewangan dan perdagangan) dan membiarkan semua permasalahan bergerak bebas di seluruh dunia. Dari pemahaman ini, maka batas negara, nasionalisme, atau umat harus dilenyapkan. Seterusnya menurut Dr. Muhammad Abid lagi, kita boleh menyatakan bahawa propaganda globalisasi ini jika dilaungkan oleh suatu negara atau kelompok, ia bererti generalisasi pola hidup yang tradisinya (sebelumnya) menjadi karekter khas negara atau kelompok, menjadikannya menembus batas dunia seluruhnya. Bagi Dr. Muhammad Abid, globalisasi bolehlah dianggap sebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika.
2. Dr. Taha Jabir al-Alwani
Dr. Taha Jabir al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agenda ekonomi, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Superpower tersebut akan memimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran.
3. Prof. Chandra Muzaffar

Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan, sebahagian pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat nasional.

Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan, sebahagian pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat nasional.
Ciri-ciri Globalisasi
1. Bersifat tanpa batasan
Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yang bakal dimanfaatkan oleh manusia. Ia juga sebagai suatu proses di mana sempadan negara-negara termasuk negara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatu unit. Menurut Marshall McLohan, dunia persis sebuah kampung. Segala hambatan dan sekatan perbatasan yang lalu telah berjaya dilangkau.
2. Wujud Unsur-unsur Sains dan Teknologi
Sifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempias daripada kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi komunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Ini bermakna mana-mana masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.
3. Wujudnya Elemen Dominasi (Penguasaan)

Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain. Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Ini kerana, pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah pinggiran. Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya, politik, ekonomi dan sebagainya

Isu Globalisasi atau dunia tanpa sempadan sedang hangat dibincang dan dibahaskan di seluruh dunia. Apa yang kita faham mengenai dunia tanpa sempadan ini adalah negara-negara lemah akan dengan mudah dilemahkan lagi kerana ketiadaan daya saing terutamanya dalam pasaran terbuka. Umat Islam, yang rata-ratanya mewakili bahagian dunia yang lemah harus mula memikirkan di manakah kita dan bagaimanakah kita akan menempuh arus globalisasi ini. Reaksi yang berbagai mengenai arus ini dapat kita saksikan di media-media massa. Ada yang menunjuk perasaan menentangnya, ada yang beria-ia mempertahankannya, dan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memilih untuk berhujah secara diplomasi di mana-mana kesempatan yang diberikan di arena antarabangsa mengenai keburukan globalisasi yang jelas menandingi kebaikan. Nampaknya, hanya Malaysialah satu-satunya negara Islam yang lantang mempertahankan kepentingan rakyatnya sekaligus rakyat di negara membangun dan miskin di seluruh dunia. Perkembangan dan penyebaran Islam telah lama membawa perubahan dan kekuatan kepada ummah di peringkat global. Tamadun yang dicapai oleh orang-orang Islam lebih jauh di depan dan lebih awal daripada tamadun Barat. Malahan, ilmu pengetahuan dan kemajuan yang dicapai oleh orang-orang Islam itu dibawa ke Barat dan dikembangkan sehingga orang-orang Barat berusaha pula bersaing dengan orang-orang Islam. Islam telah sekian lama memainkan peranan di peringkat internasional dan telah berjaya dalam menyebarkan pengaruhnya secara global.