Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah
dalam kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan
ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini
kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang
jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah
kepada manusia. Ciptaan pelbagai yang begitu canggih mampu mendekatkan
sesuatu perjalanan atau sebagainya. Globalisasi juga akan meningkatkan
kesediaan kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, maka
individu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding
dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin
ramai individu yang proaktif dilahirkan. Kesan positif lain ialah
pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna individu belajar untuk masa
hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan
individu yang berfikiran terbuka. Impak seterusnya ialah menjadikan
rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang
bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak
mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang
mempunyai nilai jati diri akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak
akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti masyarakat.
Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru.
Kemahiran teknologi yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang
sangat penting dalam memberi persaingan yang hebat antara negara-negara
membangun lain. Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara
menjadi kayu ukur kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut.
Namun begitu, arus globalisasi juga mempunyai impak negatif. Impak ini
seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan sejagat. Antara impak
negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah
penggunaan teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka
akan wujud persengketaan seperti peperangan dan sebagainya. Teknologi
digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini perlu dielakkan agar
dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah pengkomersilan
pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya.
Ilmu yang diberi bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujuan
untuk mengaut keuntungan peribadi. Seterusnya ialah penularan kes-kes
jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada individu yang
sanggup berbuat demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan
cara yang mudah. Ramai yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda
yang menarik tetapi memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan
pelbagai kes jenayah siber seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar
tidak menyesal dikemudian hari. Impak negatif lain ialah manusia lebih
mengharapkan kecekapan teknologi daripada kecekapan diri sendiri. Sikap
kebergantungan ini semakin hari semakin serius. Banyak mesin yang
dicipta bagi menggantikan kudrat manusia. Harus diperingatkan disini
bahawa tidak semua kerja atau beban perlu diselesaikan dengan
menggunakan mesin atau robot. Sikap sebegini akan lebih membuat manusia
malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara. Melalui globalisasi juga
impak negatif ketara dilihat pada negara-negara yang mundur. Ini kerana
kurangnya faktor jaringan perhubungan atau teknologi melingkungi negara
tersebut. Akibatnya, negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih
membangun.
No comments:
Post a Comment